Sila Download Bahan-bahan Pendidikan Islam/j-QAF di laman web http://jqafbpi.blogspot.com

Makluman

1.Blog masih dalam penyelenggaraan. Terima Kasih.
2. Download bahan-bahan terkini di laman http://jqafbpi.blogspot.com

Posted by Admin on 12:16 AM





Tempat : Bilik Mesyuarat Utama SPA Tingkat 8 Blok B,

Bangunan KWSP Kota Kinabalu, Sabah
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tarikh : 18 Jun 2009
Taklimat pengisian e-LAPORAN 2009 berjalan lancar pada tahun ini seperti tahun-tahun lalu dengan kehadiran penuh semua Ketua Unit Pendidikan Islam PPD, Penyelia Pendidikan Islam PPD dan Jurulatih Utama e-Laporan PPD. TAklimat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Penolong Pengarah Unit Kurikulum Us Mahmud Lujum yang banyak menyentuh tentang komitmen masa yang seharusnya ditunjukkan oleh guru-guru agama sewaktu menghadiri majlis-majlis dan mesyuarat rasmi. Ini kerana guru agama adalah kumpulan yang arif tentang kepentingan masa sepertimana yang termaktub dalam surah al-Asr.

Taklimat diteruskan lagi dengan penyampaian pengisian e-Laporan yang baru oleh Us Budi Rahmat , ketua Unit Pendidikan Islam PPD Penampang yang merupakan Jurulatih Utama Negeri e-Laporan. Antara perkara penting yang disampaikan oleh beliau ialah :

1. e-Laporan terbaru adalah versi 9.3 yang memuatkan penambahan data-data untuk tahun lima

2. e-Laporan tidak ada perbezaan yang dulu dengan yang lama, yang ada baru hanya penambahan ruang data penilaian untuk tahun lima.

3. Operasi e-laporan masih lagi menggunakan tapak microsoft office 2003. Mana-mana guru j-QAF yang menggunakan tapak office 2007 hendaklah mengubah dahulu setting excel agar dapat selari dengan sistem versi 9.3 . (sila rujuk manual pengisian e-laporan pada CD yang dibekalkan).

4. CD e-laporan hanya dibekalkan kepada PPD sahaja. Manakala guru j-QAF dikehendaki memuat turun perisian di halaman http://jqafsabah.blogspot.com @ http://bjue.blogspot.com(bjue corner (halaman/arkib 22 Mei 2009).

5.CD baru memuatkan soalan PKSR Bahasa Arab tahun lima dan juga himpunan soalan ujian jawi untuk e-laporan tahun 1-5.

6.Untuk menyalin nama(copy paste) pada ruangan data, guru hendaklah menaip dahulu semua nama dalam ruangan MAC kemudian tekan Menu dan tekan pada butang sebelah kanan atas copy nama untuk menyalin semua nama ke bulan JUN, OOS dan OKTOBER secara automatik.

7.Tarikh bengkel pengisian e-laporan bagi PPD masing-masing hendaklah merujuk kepada surat yang akan dihantar oleh PPD masing-masing.

8. Untuk guru j-qaf, hanya perlu menghantar data yang sudah di import ke esekolah sahaja. Manakala e-PPD diperlu dibuat kerana ia hanya untuk pegawai PPD sahaja.

Akhir sekali selamat mengisi e-laporan

0 comments:

Search