Sila Download Bahan-bahan Pendidikan Islam/j-QAF di laman web http://jqafbpi.blogspot.com

Makluman

1.Blog masih dalam penyelenggaraan. Terima Kasih.
2. Download bahan-bahan terkini di laman http://jqafbpi.blogspot.com

Posted by Admin on 5:01 AM

Us. Esibi Lakui ( Pegawai j-QAF Negeri ), Us. Mohammad Sayuti Abdul Syukor ( Guru j-QAF SK Lok Yuk, Likas ) dan Us. Abd Sattar Mohammad ( Pensyarah Maktab KENT, Tuaran ) telah berangkat ke Negara Oman pada 22 April 2009. Mereka akan berada disana selama sebulan untuk menjalani kursus bahasa arab. program ini merupakan program kerjasama antara kementerian pendidikan Malaysia dan Oman, di mana dalam kursus ini telah berlaku pertukaran kepakaran antara kedua negara ini. Kursus seperti ini juga telah dirangka untuk 5 kali dengan rombongan ini merupakan rombongan yang pertama. Namun kebarangkalian kursus yang seterusnya adalah bergantung kepada tahap kejayaan kumpulan yang pertama ini.

OBJEKTIF KURSUS
1. Meningkatkan kemahiran berbahasa Arab dikalangan peserta kursus.
2. Meningkatkan keyakinan peserta ketika berbahasa Arab.
3. Mendedahkan peserta dengan situasi pembelajaran sebenar bahasa Arab di sekolah rendah di negara Arab.
4. Menghasilkan modul teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab yang berkesan.


AMANAT
1. Ucapan tahniah kepada semua peserta yang terpilih. Hargailah peluang yang ada dengan memanfaatkan sebanyak-banyaknya kesempatan yang telah diberikan untuk mencapai objektif dan harapan kursus.
2. Peserta juga merupakan duta kecil negara. Perkenalkanlah budaya Malaysia dan tunjukkanlah nilai-nilai murni yang mencerminkan ketinggian keperibadian rakyat Malaysia.

3. Setiap seorang peserta kursus merupakan wakil bagi negeri masing-masing. Rebutlah peluang di sana untuk memperkasakan diri sendiri sebelum memperkasakan orang lain. Peserta perlu menjadi model apabila pulang ke negeri masing-masing kelak.

4. Setiap peserta hendaklah mencipta satu inovasi selama tempoh berada dalam kursus di Oman. Inovasi yang dihasilkan akan dilaporkan apabila kembali ke Malaysia kelak.

5. Antara objektif kursus ini adalah menghasilkan ;

- Modul guru bagi kegunaan guru-guru bahasa Arab di Malaysia khasnya penggunaan 100% bahasa Arab di kelas.
- Modul murid bagi membuat nilai tambah yang lebih menyeronokkan dalam pnp bahasa Arab di sekolah.
- Modul pendidikan guru yang akan dihasilkan oleh 6 orang pensyarah dari institut perguruan Malaysia.

7. Semoga kursus ini bakal membantu usaha kerajaan dalam mewujudkan kecemerlangan pusat pendidikan di rantau ini, dengan menarik lebih ramai warga luar untuk menuntut ilmu di Malaysia.


TUJUAN KURSUS SELAIN OBJEKTIF
1. Memberi nilai tambah dalam teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah.
2. Mencipta mercu tanda.
3. Mewujudkan kematangan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah.
4. Mencapai kecemerlangan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah.

Ubahsuai dari : miorjqaf/

0 comments:

Search