Sila Download Bahan-bahan Pendidikan Islam/j-QAF di laman web http://jqafbpi.blogspot.com

Makluman

1.Blog masih dalam penyelenggaraan. Terima Kasih.
2. Download bahan-bahan terkini di laman http://jqafbpi.blogspot.com

Posted by Admin on 10:15 PM

Model Kelas Pemulihan Jawi diperjelaskan dalam Buku Panduan Pelaksanaan Model Kelas Pemulihan Jawi. Ia akan diajar oleh guru khas pemulihan jawi dalam waktu yang sama dengan kelas jawi biasa di semua sekolah dengan menggunakan modul pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Semua sekolah hendaklah menubuhkan Kelab Seni Tulisan Jawi dan menjalankan aktiviti pengukuhan di peringkat sekolah dengan menyediakan bahan-bahan bacaan tambahan yang bersesuaian serta mempertingkatkan penggunaan kemudahan ICT sedia ada.

RINGKASNYA

1. Kumpulan murid kelas pemulihan ini tidak statik.
2. Murid yang telah pulih perlu mengikuti sukatan pelajaran jawi di kelas asal.
3. Kekosongan di kelas pemulihan perlu diganti dengan murid lain jika ada.
4. Setiap murid mesti menjalani ujian dianostik terlebih dahulu sebelum mengikuti kelas pemulihan jawi.
5. Tahun satu (rujuk buku panduan tahun1 muka surat 64)
6. Tahun dua (rujuk buku panduan tahun 2 muka surat 97)
7. Bilangan murid yang mengikuti kelas pemulihan tidak boleh lebih daripada 10 orang dalam satu masa.
8. Jika 2 orang guru mengajar kelas pemulihan pada waktu yang sama maka 10 orang murid pemulihan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan.

0 comments:

Search