Model Bestasi Solat diperjelaskan dalam Buku Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat. Pelaksanaannya selama dua hari tanpa bermalam dengan kekerapan 4 kali setahun. Ia dikategorikan sebagai aktiviti kokurikulum PI dan dimasukkan dalam takwim sekolah. Pelaksanaannya juga memerlukan kerjasama semua pihak terutama penglibatan PIBG, guru-guru sedia ada di sekolah dan tidak semata-mata diserahkan kepada guru pendidikan Islam.
1. Setiap pelajar mesti mengikuti 4 kali kem.
2. Setiap kem berjalan dalam tempoh 10 jam mengikut panduan berikut:
- LDK Thn 1 ( Rujuk Buku Panduan Kurikulum dan Kokurikulum Thn 1)
- LDK Thn 2 ( Rujuk Buku Panduan Kurikulum dan Kokurikulum Thn 2)
- LDK Thn 3 ( Rujuk Buku Panduan Kurikulum dan Kokurikulum Thn 3)
- LDK Thn 4 ( Rujuk Buku Panduan Kurikulum dan Kokurikulum Thn 4)
- LDK Thn 5 ( Rujuk Buku Panduan Kurikulum dan Kokurikulum Thn 5)
3. 4 kali kem mewakili 40 jam setahun.
4. Semua sekolah diminta melaksanakan aktiviti KBS dalam bentuk kem sebagaimana dalam jadual aktiviti yang dicadangkan untuk memberi impak yang berkesan kepada murid.
5. Sekolah pelaksanaan j-QAF 2005 yang mempunyai bilangan murid yang ramai boleh melaksanakan aktiviti KBS secara mingguan atau berkala tetapi perlu mencukupi jumlah 10 jam untuk setiap kem.
6. Semua data pencapaian pelajar dalam KBS perlu dikemaskini mengikut format borang yang terdapat dalam buku panduan
Makluman
Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang sedang dilaksanakan secara terhad pada masa ini di sekolah-sekolah kebangsaan akan diperluaskan pelaksanaannya di semua sekolah. Status mata pelajaran ini adalah sebagai mata pelajaran pilihan dan murid bukan Islam dibolehkan mengambil BAK sekiranya tidak mengambil mata pelajaran bahasa Cina Komunikasi dan bahasa Tamil
Komunikasi. Peruntukan waktu adalah 60 minit seminggu dan diajar oleh guru Bahasa Arab yang dilantik khusus. Model ini diperjelaskan dalam Buku Panduan Peluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi.
Penilaian Bahasa Arab menggunakan pendekatan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR)
1. Ianya dijalankan setiap kali P&P dan dicatat pencapaian setiap murid.
2. Tiada ujian bulanan atau penggal sebagaimana biasa.
3. Setiap murid perlu mempelajari 10 tajuk.
4. Setiap tajuk perlu diajar dalam tempoh sebulan.
5. Pencapaian murid untuk tajuk 1 - 5 akan dijumlahkan dan dikira peratus untuk mewakli markah Peperiksaan Pertengahan Tahun.
6. Pencapaian murid untuk tajuk 6 - 10 akan dijumlahkan dan dikira peratus untuk mewakli markah Peperiksaan Akhir Tahun.
7. Sila rujuk buku panduan Pelaksanaan Model-model Pengajaran & Pembelajaran dan Kokurikulum j-QAF Tahun 1 atau Tahun 2
Bahasa Arab Sekolah Rendah Kohort 2009
5 waktu bagi kohort 2009. Kelas dibawah 1-3. Bermula Thn 1 2009
mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dengan menggunakan peruntukan waktu PI sedia ada. Model ini akan menggunakan pendekatan talaqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula dengan baik dan lancar). Murid yang belum menguasai bacaan al-Quran dibimbing dengan kaedah IQRA’, sementara yang telah menguasainya diteruskan menggunakan model khatam al-Quran modul 6 bulan.
Pelajar MESTI membaca QURAN bemula TAHUN SATU 6 BULAN KEDUA dengan menggunakan Modul SATU di bawah. Modul-modul lain boleh dijadikan sebagai panduan untuk mempercepatkan proses khatam quran.
Modul SATU
1. Khusus untuk pelajar yang masih belum membaca al-Quran.
2. Semua palajar akan membaca al-Quran (mengikut kumpulan masing-masing) secara
3. beramai-ramai mengikut bacaan guru di awal waktu.
4. Tempoh bacaan ialah selama 10 minit hanya untuk satu mukasurat bagi satu masa P&P.
5. Baki 20 minit P&P digunakan untuk meneruskan bacaan iqra' mengikut tahap masing-masing.
6. Bacaan Quran menggunakan modul ini perlu diambil kira dan ditanda di dalam buku rekod bacaan pelajar.
Modul DUA
1. Dibantu oleh 4 orang murid turus
2. Murid turus akan membaca di hadapan guru terlebih dahulu secara bergilir dan
3. diambil kira dalam kemajuan buku rekod bacaan.
4. Guru membimbing murid aras satu manakala murid aras dua dibimbing oleh murid turus.
Modul TIGA
1. Dibantu oleh 4 orang murid turus
2. Murid turus akan membaca di hadapan guru terlebih dahulu secara bergilir dan diambil kira dalam kemajuan buku rekod bacaan.
3. Murid turus yang lain akan terus membimbing murid-murid pelbagai tahap di kumpulan masing-masing.
4. Murid-murid lain akan membaca di hapadan guru selepas dibimbing oleh murid turus untuk diperaku bacaan mereka dan ditanda dalam buku rekod bacaan.
Modul EMPAT
1. Melibatkan murid-murid yang membaca quran di pelbagai tahap.
2. Guru memberi penerangan (satu) hukum tajwid berpandukan sistem warna dalam quran serta bacaan contoh (5 minit pertama)
3. P&P secara berpasangan.
4. Setiap murid akan disemak bacaannya oleh pasangan masing-masing
5. Setiap pasangan akan membaca di hadapan gurunya untuk diperakukan bacaan dan ditanda dalam buku rekod bacaan.
PERHATIAN:
1. Setiap kumpulan tidak statik. Ahli kumpulan boleh berubah mengikut tahap dan kemahiran.
2. Bacaan setiap pelajar mesti dicatat di dalam buku rekod bacaan setiap kali P&P berjalan.
3. Bilangan murid dalam kumpulan cemerlang lebih ramai berbanding kumpulan kurang cemerlang supaya murid lemah dapat diberi lebih tumpuan.
Dilaksanakan di luar waktu persekolahan normal mengikut kesesuaian, keupayaan murid dan waktu guru tasmik yang terdiri daripada guru j-QAF, GPI, guru-guru mata pelajaran lain yang berkemampuan. Guru tasmik tersebut hendaklah dilantik secara rasmi oleh pihak sekolah.
Model Kelas Pemulihan Jawi diperjelaskan dalam Buku Panduan Pelaksanaan Model Kelas Pemulihan Jawi. Ia akan diajar oleh guru khas pemulihan jawi dalam waktu yang sama dengan kelas jawi biasa di semua sekolah dengan menggunakan modul pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Semua sekolah hendaklah menubuhkan Kelab Seni Tulisan Jawi dan menjalankan aktiviti pengukuhan di peringkat sekolah dengan menyediakan bahan-bahan bacaan tambahan yang bersesuaian serta mempertingkatkan penggunaan kemudahan ICT sedia ada.
RINGKASNYA
1. Kumpulan murid kelas pemulihan ini tidak statik.
2. Murid yang telah pulih perlu mengikuti sukatan pelajaran jawi di kelas asal.
3. Kekosongan di kelas pemulihan perlu diganti dengan murid lain jika ada.
4. Setiap murid mesti menjalani ujian dianostik terlebih dahulu sebelum mengikuti kelas pemulihan jawi.
5. Tahun satu (rujuk buku panduan tahun1 muka surat 64)
6. Tahun dua (rujuk buku panduan tahun 2 muka surat 97)
7. Bilangan murid yang mengikuti kelas pemulihan tidak boleh lebih daripada 10 orang dalam satu masa.
8. Jika 2 orang guru mengajar kelas pemulihan pada waktu yang sama maka 10 orang murid pemulihan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan.
SOALAN LAZIM PEMULIHAN JAWI
1. Bolehkah murid pemulihan melebini 10 orang?
Tidak boleh
2. Bolehkah kita menggunakan 2 orang dalam satu kelas?
Tidak boleh
3. Adakah Kelas Pemulihan Jawi perlu dijalankan sekiranya murid kurang dari 6 orang?
Ya, perlu.
4. Adakah kelas Pemulihan Jawi perlu sekiranya keseluruhan murid telah mencapai tahap cemerlang?
Tidak perlu
5. Bagaimana bentuk soalan ujian bulanan/pertengahan/akhir tahun bagi murid?
Soalan Ujian :Dibina berpandukan aras kemahiran murid. Peperiksaan menggunakan soalan ujian pencapaian jawi yang diselaraskan oleh Bahagian Pendidikan Islam
SOALAN LAZIM KEM BESTARI SOLAT
1. Bolehkah kem dijalankan pada waktu persekolahan?
Tidak boleh. Dilaksanakan diluar waktu P&P.
2. Bolehkah menggunakan khidmat luar sebagai fisilitator?
Ya, boleh
3. Adakah kita wajib melaksanakan kem sekiranya tiada peruntukan?
Ya, perlu.
4. Siapakah yang boleh menjadi fisilitator untuk kem bestari solat?
-Guru j-QAF
-Guru Pendidikan Islam-Guru-guru lain yang berkebolehan
-Ibubapa/penjaga yang berkebolehan
- Pihak-pihak lain yang dipersetujui oleh sekolah.
5. Bolehkan kem dibuat kurang dari 10 jam?
Tidak boleh. Kem hendaklah dibuat 10 jam, merangkumi 2 hari tanpa bermalam.
6. Bolehkah kem bermalam?
Tidak bermalam
SOALAN LAZIM BAHASA ARAB
1. Adakah pelaksanaan matapelajaran Bahasa Arab termasuk dalam jadual waktu harian atau di luar jadual waktu harian ?
Ya. Di dalam jadual waktu harian.
2. Infrastruktur sekolah yang tidak cukup seperti ketiadaan kelas tambahan untuk bilik-bilik j-QAF serta untuk kegunaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab ?
Gunakan kelas sedia ada.
3. Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab 2 waktu seminggu atau 5 waktu seminggu ?
2 waktu bagi kohort 1 – 4.
5 waktu bagi kohort 2009. Kelas dibawah 1-3. Bermula Thn 1 2009.
4. Adakah mata pelajaran Bahasa Arab ini mempunyai peruntukan PCG sendiri seperti mata pelajaran lain ?
Ya. RM 2.00 perkepala.
5. Bolehkah guru bukan opsyen Bahasa Arab mengajar mata pelajaran Bahasa Arab ?
Ya. Terdiri dari guru j-QAF Opsyen PI.
6. Adakah panitia Bahasa Arab perlu ditubuhkan ?
Tidak perlu. Diletakkan di bawah unit sahaja.
SOALAN LAZIM TASMIK
1. Adakah dibayar upah?
Tidak.
2. Agihan guru bagaimana?
Guru-guru j-QAF dibantu GPI
3. Bagaimana pelaksanaannya?
Sesi pagi : selepas P&P
Sesi Petang : Sebelum P&P
4. Tempoh masa ?
Anjal bergantung kepada jumlah murid
5. Adakan semua murid diwajibkan?
Ya.
6. Adakah bacaan hanya direkodkan masa tasmik sahaja?
Boleh disambung terus menerus dari bacaan dalam kelas dan pengajian dirumah.
Pelaksanaanya
1. Sekolah 1 sesi.
2. Sekolah baru melaksanakan Program j-QAF 2009.
3. Bilangan kelas j-QAF antara 1 hingga 3 kelas
4. Murid terlibat- tahun 1 sahaja.
P&P bagi matapelajaran berkenaan hendaklah dimasukkan dalam jadual rasmi sekolah. Pelaksaannya hendaklah menggunakan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Sekolah Rendah sebanyak 5 waktu yang dikeluarkan oleh KPM.
1. Us. Mahmud Lujum ( Ketua Unit Kurikulum SPI)
2. Us. Esibi Lakui ( Pegawai j-QAF Negeri )
3. Pn. Saidah Mohd Said ( Pen. Pengarah Pend. Islam)
Perbincangan Barisan JU
Sektor Pendidikan Islam
Jabatan Pelajaran Negeri Sabah
Tingkat 1, Blok B Bangunan KWSP,
88604, Kota Kinabalu, Sabah
Tel : 088-237348/218864
Fax : 088-231427